Member Blog-ingg

Fb-ingg , do add me oke :)

Sunday, November 7, 2010

bila time exam, ramainya orang bela toyol.

rasanya, kalau u all students or lecturers or staffs kat university mesti u all familiar with the second meaning of 'toyol' kan?? hee~ i pon tak tahulah exactly dari mana word tu bole timbul. agak agak korang bawak notes kecik2 masuk poket ke letak bawah kertas ke dalam pencil case ke mana mana lah, masa exam, test ataupun quiz. yeahh! itulah yg dipanggil toyol. maknanya, korang bawak toyol lahh :D

oke. sempena minggu exam ni. i nak luahkan sedikit rasa tidak puas hati i terhadap pembela pembela 'toyol' ni. i bukan ape. memanglah orang cakap jangan lah masuk campur hal org lain. dorang nak meniru, gasaklahh. sape suro i taknak tiru jgak kn? i pon bole kalau i nak mniru. tapi.. agak agaklahh weh. satu kelas tahu korang meniru. dahlahh kitorang terpaksa bersubahat. terpaksa ternganga jugak bila tengok carrymarks budak budak ni tinggi tinggi. sedangkan yg jujur ni markah nya mcm ape aje. cukup cukup makan je. nak ditambahkan lagi derita, muka muka dL (dean's list) kelas kitorang mostly budak budak ni. haihh~ i tak tahulah nak cakap ape. na kata dorg tu tak study, i ase dorg study lagi teruk dari i kot. patotnya org yg study tak abes mcm i ni yg kaki tiru. ni i tak berani lgsg nak tiru tau. oke. orang cakap nanti adelah balasan nya utk dorang2 yg hantu toyol ni kan. ilmu tak berkat. kerja tak berkat. tapi..hm. tetap tak puas hati! grr.

Friday, November 5, 2010

hari kiamat - baca sampai habis-

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Wednesday, November 3, 2010

apa yg i rasa malam ni

3 november 2010. 10.25 pm.
i borak borak dengan gemok. kitorang cerita pasal penting ke sex dalam hubungan. i yg tanya dia. i am hoping for a good answer. maklumlah. dia lebih tua dari i kn, i saje ajukan soalan tu. dia cakap, "kalau dah kawen penting la, tp law stakat couple, x baek". tapi orang sekarang, kalau couple da macam orang kawen kan? kn? layankan nafsu tu sangat. bila kena dump, tak tahu nak buat apa dah.

lepas tu, i tak tahu kenapa. i terfikir, macam mana kita bole cinta n syg kan orang smpai bila putus bole bunuh diri, nangis2 setiap malam. kalau boleh nak orang tu terima kita balik. kita cakap kita cintakan Allah. tapi kenapa kita tak macam tu eh? kenapa x sebanyak kita cinta kan orang? sedangkan Dia lah yg patut kita cinta sepenuh hati. i rasa berdosa sangat bila terfikir pasal ni T__T banyak sgt dah yg i buat selama 20 tahun i hidup ni. kdg2 bila couple, i terlupa batas pergaulan. pegang tangan. cium pipi. dengan kawan lelaki pon mcm tu. pukul pukul selamber je. hm. kalau couple, kita na jage perasaan bf or gf kita, tapi kenapa kita tak jage tingkah laku kita, ibadah kita untuk Dia.

3 November bday yana gemok


entry ni khas ditujukan buat YANA GEMOK :D
Happy Birthday baby !!
ini je yg i mampu na belikan untuk u sygs. sory oke :)
umo suda lanjut, jgn nanes nanes lagi. 
nanti maken kuwus, ta mantappp agy body u.
ta sedapp peluk pla.
hihi~

rindu banyak banyak kat you.
ingat ehh. 
i tasuke u nanges nanges.
i tana u egt kat dia lagi.
jgn lyn dia da.
u deserve someone way better than him.

the right man will comes at the right time.
comes with a feeling that u cannot return back to him.
he will loves u with all his heart.
and will never make u cry.
Allah has promised us.
a man for every woman.
and a woman for every man.
a good man for a good woman.
a bad man for a bad woman.
every sad thing that happen today, is for u to learn to face the next day.
it will make u braver and tougher.
there will be more tests after this, and it's all just the test that come from Allah.
remember, for all the things happen to u, i will always stand beside u.
loveyoualways, meera <3

Tuesday, November 2, 2010

blogging leave

i berazam untuk amek blogging leave. HAHA. terms i reka sndiri. i perlu study. blogging makes me crazy :D :D ari ari blogging and menghadap lappy berjam jam buat i lupa i tengah final nihh. guys! yg folo, i akan folo balik. tapi please, jgn lupe tinggalkan link okee :D i rajen folo pada sape sape yg tglkn link kat shoutbox aje. hee~ kalau i ade masa, i akan bukak jgak blog nih. three more papers to go. wish me luck oke my dear blogging frens :)) i na DL lagikkk. hihi.

nobody's perfect. betol ke?


minda kita telah ditanamkan dan diracuni oleh propaganda orang-orang kafir tanpa kita sedari. kenapa i cakap macam tu? cuba kita lihat ayat yg selalu kita guna. ayat 'nobody's perfect'. i admit, i pon byk gunakan ayat nih. well. kenapa perlu kita akui yg kita ni tak sempurna, sedangkan Allah s.w.t. mengatakan yg kita lahh ciptaanNya yg paling sempurna. nampak tak yg dunia ni sedang memalingkan kita dari apa yg diajari dalam Al-quran? kita dilahirkan cukup sifat cukup segalanya, kerana disetiap yg susah, ada lagi yg lebih susah. semua itu hanyala ujian Allah s.w.t terhadap kita. kesilapan yg kita buat, bukan menandakan yg kita ni tak perfect. Everybody makes mistake, yes. tapi jangan terlampau akui kebenaran ayat tu. kita perlu menyesali setiap kesalahan dan beralih kepada kebaikan.

cuba kita lihat coffee dan soya pula sebagai contoh. kita diuar uarkan melalui kajian mereka bahawa coffee memudaratkan sebab ada caffein dan soya pula minuman yg terbaik untuk kesihatan diri dan kandungan (jika hamil). tapi, tidak kah kita perasan, orang yahudi minum coffee. malah, coffee yg mereka minum tu, kaw kaw belaka berbanding dgn coffee kita. orang tua dulu pon minum coffee pekat pekat tu, dorang ada ke yg mati disebabkan coffee? malah, minda org dulu dikatakan lebih kreatif dari bdk zaman skrg. berbalik kepada soya, cuba baca link yg ada pada entry ni. soya ada sejenis hormon yg boleh menyebabkan mandul. soya meransang pertumbuhan cancer. tapi kenapa mereka cakap soya sangat berkhasiat sedangkan ianya bahaya?
hiburan. dunia sekarang penuh dgn pelbagai hiburan yg menjadi punca utama masalah masyarakat kita. pemakaian artis menjadi trend dan ikutan remaja. budaya orang putih bercampur aduk dgn budaya kita. pelbagai lagi taktik lain yg mereka gunakan untuk melalaikan orang Islam. sedangkan Islam dulu merupakan satu kerajaan yg gah dan digeruni. melalui peracunan minda sajalah mereka mampu kerana itu saja kelemahan orang Islam dari dulu. mudah diracuni. so, u all alert lah dgn keadaan disekeliling u all. byk lagi bukti yg ada.

Monday, November 1, 2010

25 random things about MEERA

mula mula sekali, tenkiu sesangat kat EYKA ELISHA dan KILA ye sebab bermurah hati tag kat i. i jawab sekali jelah ye. kalau tak, mampos i na bagi 50 :D lets check out ape yg ditag oleh mereka ni.


Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you :D

haihh!~ paper researh methodology semalam pon tak banyak mcm ni tau. 25 benda? apelah yg i ada ekk? huhu. try try try-ingg.


1. nama i bermula dengan RAJA. tapi i tak pernah suka. kalau bole nak buang dari IC.
2. sangat gila dan addicted dengan color PINK. i wish i could color the world pink (teruja japp)
3. sangat GEDIKK! ramai da yg cakap i gedik. sobseb T__T
4. fotogenik. hmm~ ramai yg cakap i cantik dalam pic je. kat luwa, haihh~
5. perlu dilayan sntiasa. i sgt suka perhatian. tapi dr org yg i syg je oke.. bukan jenis yg suke mencapub tu. huhu
6. gile camera. yes! sekali amek gmbr, bole beratus :D
7. suka wat keje last minit. oke, yg ni mmg talei na cakap ape. nsht la mcm mana pon, mmg mcm ni :p
8. tasuke mandi!! hee. susa na cakap. tapi kalau da masuk bilik mandi uw, tana kuwa da. hihi
9. manja? yup. sume gals mcm ni kn? tp i ketara siket kot. mcm org ta cukup kasih syg gitu. hehe. byg kan, waiter kedai mkn pon bole tego i manja. pdhl, ta pena borak nan die pon. cume order mknn je. huhu
10. ta rety na berjiwang dgn bf. hee~ g pon i tapena dpt bf yg jiwang. naseb baek :D
11. gile askem. weh! ajak i dating, jgn lupe belikan i mcflurry oreo oke <3
12. sporting abes. hiihi. ikot mood. kalau ade mood, u all cite je pape dgn i, i lyn~
13. tasuke lelaki yg desperate na gf. hmm.
14. tade lesen langsung. huu~ cuak lah na try.
15. takot naek moto. oke, na ajak i dating, bawak kete oke. or.. naek public trnsport. better dr naek moto.
16. gila dgn cherrypie. yeahh. cherrypie tu lappy i :D klw die tade, i maty T__T
17. na own sebuah spa nanti. tak tahu kenapa. interested. makan gaji smpai bila na kaya kan kan? :D
18. ta suke shopping dgn guys. hei! ta sama lah care kite shopping. shuh!
19. memasak, oh no! sorry!
20. suke bau MOHD SYAFIQ. hee. actually bau perfume dia :D :D bole wat stim gitu. hehe
21. kalau syg org, akan syg smpai org tu dump saya. lepas tu, akan bertuka jadi benci. huu~
22. pendendam. oke. i admit. sape cari pasal dgn i, one day i akan balas. indirectly tanpa korg sedar yg aku balas sebab kau pena wat aku dulu. haha. puas doe! sebab tu korg perasan ayat ayat aku yg mcm da dicampur dgn wasabi tu kn (utk mmbr2 yg kenal aku)
23. senang nangis. huhu~ even korg tapena nmpk, tp i sgt mudah nanges. tgok cite happy ending pon bole nanges. tp kbykn nya, i tahan :p
24. benci study!
25. benci dgn orang nama ni (the most hated) afiz, aed, deinz, jas. yes korang! (tana bg nama peno, kunk ade yg kenal pla) aku benci sampai mati.

hm. at last.. ade la jgak idea kan na tulis ape. so skunk na tag kat korang korang ni pla. 25 uw. ramainya =(
(amek kat cb jela, hee)

| lily | princess | biskut | bardbahtiar | murni | madihah | dzul | princess | fickry | yanie | tyra | cyida | fiq | kakngah | ladymia | burp | han | dalia | silah | yana | fath | pn ros | sue | touya | eykin |

free thinker

mslh sosial, memang da banyak kita dengar. tapi, pernah dengar pasal orang yg tiada kepercayaan agama at all? orang panggil free thinker? hmm. benda ni memang meluas. free thinker = anti Christian. pada asalnya, tapi kini, ramai masyarakat beragama lain yg macam ni jgak. tidak percaya pada agama.

i ade pernah terbaca di suatu ruangan. seorang free thinker mengatakan bagi mereka, agama ni hanyalah salah satu daripada agenda yahudi atau jews untuk melaga laga kan masyarakat dunia ni je. sebab itu diwujudkan pelbagai agama. biar orang yg berlainan agama ni bertelagah. free thinker tak percaya agama. konon nya, mereka terlepas lah dari agenda yahudi ni.

ada facts lain juga, mengatakan yang untuk menjadi seorang yg bijak, kita tak perlu percaya kepada mana mana tuhan. they said,

" Why fewer academics believe in God than general population? I believe it is simply the matter of IQ. Academics have higher IQs than the general population. Several Gallup poll studies of general population have shown that those with higher IQs tends to not believe in God"

tapi memang i perasan & pelik. kenapa orang yg banyak beribadah, kurang perform dalam exam berbanding yg selalu tinggal solat. u all tak terfikir? bagi i, org yg mcm ni hanya mendapat nikmat dunia saja. akhirat nnti, kita tengok sape lagi beruntung :)

agama lain memang ramai yg tak percaya pada agama. kalau ikutkan, semua agama tak benarkan sex bebas. dedah sini sana. macam kristian, sister dia tutup semua kan?? (i sedar i freehair, tapi, just sharing knowledge) sami buddha, bole wat sex?? hm. pernah tau tak yg paderi kristian percaya pada kebenaran Islam? yg diorang hanya ditugaskan untuk menyesatkan orang orang kristian. knon nya na masuk syurga sorang. budget sempat ke na mengucap?? ishh. patutnye sama sama masuk syurga, ni sesat kan org pla. haihh~

american pie lucah eh


pernah tak tengok cerita american pie ? tak kisah lah yang mana mana. hmm. apa pendapat u all bagi cerita cerita dia? hee~ 
i tak tahulahhkan. tapi kalau antara member2 i. dengar je american pie, "ee! lucah!" haha. yg lelaki pon akan pelik kalau i cakap i nga tengok cite ni. tapi yg rapat dgn i, tak lah. hee. apa apa jela.
bagi i, oke je cite ni, i suke tengok :D :D gelegat dorg tu best. and i paling suke otai stifler dorang. dari yang first sampai lah yg ke8 ni. huu~ check this stifler family.
suke yg ni sebab sangat sweet muke dia :D
ini sangat otai. haha.
haihh~ encem :D

i rasa i tau kenapa dorang cakap cite ni lucah.. hihi. sape yg x pernah tgok, tgoklahh ni.
just look at the ladies :) terlupe pakai bra kot.
wohh! ini yg ke 5. name pon naked mile, memang dorang naked betol2 wohh.
uish! dasat 0.o *kecikan pic* talei besa2
ini pon sama. isk!

tapi, disebalik jalan cerita dorang mcm tu, i rasa ade benda yg kita bole belaja. korang akan nampak yg masing masing nak buang title virgin tu dalam idop dorang. sampai macam sangap nak buat se* tu.. at the end of each american pie movie ni, mesti budak budak ni akan learn something :) so, takde lah teruk sgt cite ni.

webcam

semalam, merupakan hari yang sangat stress bagi i. urgh!~ tdo pkol 6 lbei pagi tadi. dan bangun balek pkol 8. pkol 9, i da dekat dalam exam room. yes. i ade paper tadi. tapi, i tdo lambat bukan sebab i baca buku. sebab i talei baca buku. i tatau lahh punca nya kenapa. rasa nya sebab i terlampau memikirkan pasal benda lain. benda yg i kecewa sangat sangat beberapa hari ni..
oke. bukan itu yang i na cerita skrg ni. i tension ! da ta bole amek pic pic macam ni lagi daa..
macam ni :(
webcam i rosak ! T___T

i da try install balik driver dia. download ni, download tu. sume x bole. geram geram geram !! 

Sunday, October 31, 2010

budak zaman sekarang

" aku nak try masuk club lahh. zouk ke, aloha. paradise. apa apa jela. janji aku masuk. sekali pon jadilah. just nak tau keadaan dalam club tu je"
-bila sekali masuk, minggu depan masuk lagi-

" alaa~ ape salahnya? tak cool lah masuk club tak open table. hee~ minum sekali sekala je. bukan selalu kan"
-bila sekali minum, setiap kali clubbing, minum. kat rumah pon, minum-

" ape gunenya awek wehh kalau tak raba raba, cium cium siket.. drpd aku tengok blue, awek depan mata, bole wat real"
- bila sekali buat maksiat, da sedapp, setiap hari pon na buat-
" tak telan ni weh.. tade feel lah na dance"
- dadah?? sekali telan, try try try. lama lama, addicted lahh-

kita hidup tak panjang. jangan bagi u all, muda hanya sekali. time tu lah untuk try benda benda ni semua. kalau da tua nanti, buat macam ni, orang cakap, buang tabiat plak kan?? tapi kalau hidup tua u all da tade maknanya sebab benda benda ni? enjoy ke?? isk isk. janganlah sesekali melibatkan diri dalam gejala gejala negatif ni. buruk padahnya. tak kena sekarang, tunggu lahh kat akhirat nanti ye :)

 apa ek, cara terbaik nak sedar kan masyarakat kita sekarang ni?

Saturday, October 30, 2010

salah satu benda yg i tak suka kat lelaki

lelaki.. tak kira lah kawan ke, boifren ke.. sape sape ke. sama jelahh. antara u all, tak banyak perbezaan 
( sorry pada yg tak puas hati, ni dr perception i, this is my surrounding)
U all suke bagi harapan.
tak salah na bagi harapan, tapi jangan beriya sangat, tapi last last tak jadi.
bila orang yg i sayang, bagi i harapan untuk something..
even i cakap i takkan berharap sangat, dalam hati, Tuhan je yang tau
(this is my mistake)
u all plan macam macam, nampak macam jadi.
tup tup! last minit.. CANCEL!
for some other 'reasonable' reasons..

u all tau tak betapa kecewa nya seorang perempuan u wat cmtu.
better kalau plan pape, dont tell lahh.
make it a surprise.. just dont give us hope.
what u all can do are just say sorry sorry sorry.
and suro i phm keadaan u. yes.
how simple is that?
so, agak agak boys out there pena wat cmni..
jgn lah wat lagi. benci tau ta.
saket ati.
fahamlah siket perasaan us girls yg memang semulajadi mcm ni.
bye.

Friday, October 29, 2010

yahudi bijak?

petikan ini di translate dari, why jews are so smart :)
pernah tak u all terfikir, kenapa orang yahudi ni.. pandai pandai. cipta ni, cipta tu.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah 'S……' tekalah sendiri..!)
Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

dapat dari AGENDA UMMAH.

Thursday, October 28, 2010

suka, sayang atau cinta?

sape kat sini tak pernah couple? ta pernah ade orang suke? isk. kesian korang. HAHA.wekk!*babeng ye meera.

pernah ta, suka dua orang dalam satu masa? atau tiga? empat? lima? HAHA. banyak betol. tamak ye korang ni :D sayang or suka. ape beza nya eh? yang pasti, dua dua ni datang tanpa kita minta, tanpa kita sedari. ape yg influence diri kita untuk syg, suka orang ni ea?? i pernah kena macam ni. masa tu, i ada bf. mstilah i syg dia. tapi, dlm pada masa yg sama, ada seorang lelaki hadir dalam hidup i. oke, i pernah cakap kn i mmg cepat suka dgn laki yg suka i, suka layan i. so, i tersuka dekat mamat ni. jangan tiru, ianya tak elok sebab pada masa ni, i keliru dengan perasaan i sndiri. bf i atau lelaki tu. i takot lepaskan lelaki tu, mana tau, dia lagi better dr bf i masa tu. i takot na tglkn bf sebab takot lelaki tu cume na maenkan i je. senang cerita, i tana lepaskan dua dua lah. yela, kita hidup mahukan yang paling bagus kn? :) i biarkan aje perasaan tu. kadang kadang beban, tapi kadang kadang benda tulah yg happy kan i. huuu~ tapi, talei biakan lama lama. kunk org ckp i curang pla. hmm.. 

kalau kita suka aje dgn org, kita just na dapatkan orang tu semata mata ego je. tu yang selalu nya ade kes da dapat, endah tak endah. masa na dapatkan, punya lahh lyn macam anak raja. ish isk.. tapi, kalau kita sayang kat orang tu, kita sntiasa try happykan org tu. tana sakitkan aty die. cinta pula, u all akan sanggup bergadai nyawa *cewahh!* untuk kebahagiaan die. even gagal perolehi cinta dia.
kalau suka org, bile berdua, nafsu akan mempengaruhi perbuatan. sebab itulah, maksiat berleluasa skunk ni. ish! bila kita sayang, masa ni. kalau boleh, na peluk je org tu. na bg dia tau, betapa byk kita syg org tu. kn org ckp pelukan ada kuasa tersendiri. HAHA. bila cinta, cukuplah sekadar menggengam tangan, dan mengucapkan kata kata sayang. tanpa ada niat lain ;) how sweet!
jika hanya suka, bile dia sedih atau menangis, kita akan hanya berkata "sudahlahh, jangan menangis". kalau syg, kita akan berusaha menghentikan air mata itu dan mendengar segala keluhan," awak sedih, saya sedih jgak" *poyo je* tapi, kalau cinta, kita akan memberi pelukan dan menenangkannya. "mari kita selesaikan masalah tu sama sama" *ohh! sweet lagi!*
suka, bila melihatnya terdetik dihati, "cantik sungguh awak ni". kalau syg, kita akan melihat dengan mata hati, bukan mata mata *HAHA. ape i ckp ni?* bile cinta, kita akan bersyukur, walau mcm mana pon rupa die, die tetap cantik bg kita.
time suka saja, kalau org tu wat sala n sakiti hati kita, kita akan marah jgak dan tana bercakap lagi dgn dia. bile syg, kite akan menangis utk nya. cinta, kita akan terima dan berharap yg die tak sedar ape yg dia lakukan terhadap kite :))
cinta itu indah kn ?? :)

hidup saya yang selekeh

tido pkol 7 8 pagi.
mangon da na dekat malam.
makan.
menghadap buku laptop sampai ke pagi.
tdo balik.
haihh~

dari i diploma masa kat uitm larkin dulu, memang ni lahh rutin i time final. i pon tak tahu la kenapa. lepas tu, sehari before paper baru lah kusyuk menghadap buku.. hari hari laen menghadap mukabuku. ape yg ada dengan mukabuku tu? tak tahu jgak. yg pasti sangat addictive. wahhh!~ macam dadah sudahhh :D seperti biase, hari i baru je bermula tak sampai 1 jam. hehe. baru je bangun tadi, dalam pkol 4 lebih ^_^v pagi tadi, sebenarnya tertido. menghadap laptop. tengah blogwalking time tu :) lepas tu, tadi i bangun, twos sambung blogwalking. HAHA. meera sudah merenggg~ lepas tu, tibe tibe rasa lapa. hehe. pegy cuci muke and kumur kumur, twos melantak. ngee~ pengotorlahh. yikess! makan 2,3 suap pon da ta larat :( tapii.. kina paksa i makan sampai abess T__T ta mampu. i buang aja. HAHA. dan kini, menghadap laptop kembali.
mandi?? nanti kejap ye. hihi.

MEERA, new image

kenapa macam banyak je nak cakap pagi pagi buta ni ehh? i na tuka image. i na jadi budak 2 taon.. err. 20 taon. terlampau ramai sangat cakap muke i macam budak budak sejak i curl kan rambut.. what happen? mama cakap sepatotnye, curl nampak kan lagi matured, tapi aku? bertambah childish :(
ini, nampak cute je. na tuka image cmni lahh :D :D
ini comei sangat :D
ke ini?

"awak tak serik kena marah dgn mohd syafiq ke? sexy je keje!"

oke. terlupe lahh syg.

hm.. tunggu syafiq keluarlahh. minta pendapat die na tuka image :) :)

no more PINK hp?

impian dan cita cita na keje time cuty sem ni na beli nokia x5 hancur berkecai :((( lebur T__T
motivation na keje hilang mcm tu je :[ semua sebab one of my classmate da beli hp tu. & bukan pasal ape, i tana dicopp tiru gaya orang *buat yg tau cerita, tahulahh ye* oke, skrg, perlu ade target hp baru.. hm. ape ekk? suggestions??

PINK is my blog

fuhh!~ penat jugak menghadap laptop ni 12 jam tanpa henti ekk. tapi akhirnya, blog i da btuka image. totally tuka tuka :D :D comei ta??

ta kesa lahh korang na cakap ape. i suke suda. lagi lagi PINK :) :)
PINK sini, PINK sana. kalau sume bole jadi PINK, i na colorkan sume PINK :D :D yeayyy! idop PINK.

tiba tiba teringat, i na MYVI PINK tu :(
can someone buy me one?? only ONE MYVI PINK. im not asking for more T___T
kalau u all ta cukup duet, alto pon jadilahh. PINK punye ^_^

Tuesday, October 26, 2010

nokia x5 pink. muah muahhx

na handphone ni!!! 
motif entry : meera nak hp ni !

Friday, October 15, 2010

mempersendakan polis ?



MUST WATCH!!
watch this video and leave your comment :)

Thursday, October 14, 2010

award again




firstly thanks to penganugerah :))
Soalan pertama berbunyi begini:

Apa perkara yang sedang bermain difikiran anda sekarang ni?
kosong :(


Soalan kedua:
Apakah nama samaran kamu?
1) akak
2) kude
3) kudkud
4) pinky
5) meera
6) mizy


Soalan ketiga:
3 orang yang anda sayang
1) mama
2) capik
3) tatau sape agy dahhh :'(

Soalan keempat:
Panggilan untuk si dia?
b

Soalan terakhir:
Hadiah yang you all impikan dpd seseorang yang istimewa?
ta kesa. anything die na bagi meera accept je. enoughlahh for the love and trust and not to forget, loyalty :)


Dan ni pulak tugasan untuk mereka yg dapat award ni. Tag kepada 15 orang.
woohhh! ramai nyaaa!

1) yaya
5) asy
& tataulahh na bagi sape. amek lahh ye sape sape.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...